Yakjuj
dan Makjuj ialah nama samaran bagi satu bangsa manusia yang berasal
dari keturunan Nabi Nuh, iaitu anaknya yang bernama Yafis. Dari segi
fizikalnya, mereka mempunyai hidung kemek, mata sepet seperti orang Asia
dan makan apa saja binatang boleh dimakan.
Zulkarnain telah membina
tembok bagi mengepung mereka. Al-Kahfi [94] Mereka berkata: Wahai
Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan
kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah
bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau
membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka? Yakjuj dan Makjuj
tidak dapat keluar dari tembok itu: Al-Kahfi [97] Maka mereka tidak
dapat memanjat tembok itu dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
Tembok itu tidak dapat di tebuk sehinggalah tiba perintah Allah:
Al-kahfi [98] (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: Ini ialah suatu
rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia
akan menjadikan tembok itu hancur lebur dan adalah janji Tuhanku itu
benar. Daripada Nawas bin Sam’an r.a. (dalam hadis yang panjang)
berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;- Kemudian Allah SWT
wahyukan kepada Nabi Isa a.s., “Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan
Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah
hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.” Lalu
Allah SWT mengeluarkan Yakjuj dan Makjuj, dan mereka akan menggelongsor
dari tiap-tiap tempat yang tinggi.” Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya
terkepung di bukit itu , sehingga seekor kepala lembu menjadi lebih
berharga dari seratus dinar bagi setiap orang di hari itu (sehingga
kekurangan makanan). Maka berdoalah Isa a.s. dan rakan-rakannya (supaya
Yakjuj Makjuj binasa). Lalu Allah mengirim ulat menyerang leher Yakjuj
Makjuj, maka di waktu pagi mereka semuanya bergelimpangan mati
sekaligus. Kemudian Nabi Isa a.s. dan rakan-rakannya turun dari bukit
dan didapatinya tidak ada tempat terluang walaupun sejengkal, melainkan
telah dipenuhi oleh bangkai busuk. Maka berdoalah Nabi Isa dan
rakan-rakannya kepada Allah (supaya bangkai busuk itu hilang), lalu
dikirim oleh Allah burung-burung sebesar unta, maka diangkutnya
bangkai-bangkai itu dan dilemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah,
Kemudian Allah menurunkan hujan lebat, yang tidak membiarkan sebuah
rumah pun yang dibuat dari tanah liat dan bulu unta, lalu dibasuhnya
bumi sehingga bersih seperti cermin (kaca). Sesudah itu kepada bumi
diperintahkan; “Tumbuhkanlah buah-buahanmu dan kembalikanlah
keberkatanmu!” Maka di masa itu, sekumpulan orang kenyang kerana memakan
buah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka
beroleh berkat, sehingga seekor unta bunting cukup mengenyangkan
sekumpulan orang. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mengirimkan
angin melalui ketiak mereka. Maka diambilnya nyawa setiap orang beriman
dan setiap orang Islam. Maka tinggallah orang-orang jahat,
bercampur-baur seperti himar (tidak tahu malu). Maka di kala itu
terjadilah kiamat;- (Riwayat Muslim) Berita Mengerikan Dari NASA
WASHINGTON -- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan
mengejutkan mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People
hidup 20 batu di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki
United States! Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam .. Seorang
pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar
eksklusif and informasi mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus
diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok". Sumber
itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.
"Nampaknya mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi
mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".
"Mole People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang
untuk ke muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian,
President Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.
"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang
dengan manusia di atas. Kami tidak pasti berapa jumlah mereka ini. Kami
baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000 orang Mole
tinggai di situ. "Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin
berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam bandar-bandar bawah
tanah, berselerak di bawah muka Bumi". Makhluk itu mempunyai beberapa
persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan. "Seperti kita,
mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi dari
manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka seperti
kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik (webbed), direka
untuk menggali, bukan seperti kuku mole". "Kulit mereka sangat kuat. Ia
adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di
bawah Bumi". "Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di
antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika dahulu - mereka bercakap
di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama. Sumber itu
juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot yang
sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas. "Apabila salah
seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap itu
sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau". "Mereka mencakar dan
menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan beliau bersama
rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari insiden itu".
Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka Bumi - pakaian,
alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat meminati buah-buahan
segar. "Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpestadan
bersukaria", mengikut kata sumber. "Amat jelas mereka tidak boleh
menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu
di bawah muka Bumi". NASA amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami
mahu tahu segala-galanya mengenai mereka - apa yang mereka
makan,bagaimana mereka tinggal dan yang paling mustahak, apakah
perhubungan mereka dengan kaum manusia". "Kami tertanya-tanya jikalau
mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu.
Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara
genetiknya ?" Pakar berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai
kaum Mole. "Mereka boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk
asing dari angkasa atau saki baki orang yang terselamat dari bandar
Atlantis Yang Hilang. Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang
ataupun peramah dan sanggup bekerjasaman? Dan bagaimana dengan minyak
dan simpanan mineral di bawah bumi? Siapa yang memiliki mereka: kaum
Mole atau kita? Bagaimanakah dengan NASA dimana misi asalnya adalah
untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang hidup di bawah
muka Bumi? Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun mengiyakan laporan
itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan, jurucakap White House
menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White House untuk
disebarkan. Teapi beliau telah memberi amaran "mungkin tidak untuk
jangkamasa yang terdekat". Menurut sumber itu, NASA menjumpai kaum
bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang menjalankan projek rahsia
yang di beri nama Operation Mole Hole - satu inisiatif dimana wartawan
sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip China, menggunakan
"teknologi bawah tanah". Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan
rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington State's Mount
Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar
barat daya U.S mengikut kata sumber. Berkurun lamanya manusia telah
bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka Bumi. Sekarang, buat
pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan kesahihannya. Tetapi
samada makhluk- makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui.
Sumber:- http://www.geocities.com/meorjay65/yakjuj-makjuj.html Akankah
Yakjuj & Makjuj Akan Muncul Ke Permukaan Bumi Tahukah anda bahwa
di dibalik pembangunan dan kemodenan di seluruh pelusuk dunia pada hari
ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan
ribuan makhluk misteri.Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di
seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus
menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji
atau manusia umumnya. Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih
dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan
tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat
apa-apa lagi. Makhluk itu dikenali sebagai Yakjuj dan Makjuj.
Kewujudan dua makhluk itu adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan
dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani
manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat. Yakjuj dan Makjuj
bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia
yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.Mengikut hadis, bangsa
Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS
iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina
tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka. Cerita
mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah
al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan
dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97. Allah berfirman menerusi
ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu
jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia
mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak
mengerti pembicaraan. “Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya
Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka
dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu
membuat dinding antara mereka?’. “Zulkarnain berkata: ‘Apa yang
dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka
tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku
membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan
besi’. “Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua
(puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga
apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata:
‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi
panas itu. “Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat
melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada
Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan
menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.” Dalam
ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan
(tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh
tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar
(kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka
berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam
kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.” Selain
dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan
mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di
kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan
nas.Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan
Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah
kebanyakan penduduk Asia Tengah.Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj
dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan
tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai
‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.Pendapat lain
menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa
Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan
pergunungan luas Caucasus. Kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu
terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh
Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.Tugas bangsa itu setiap
hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok.Allah akan
mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia
manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada
10 tanda besar kiamat. Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian
Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan
kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan
terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan
itu.Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di
pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda
kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan
mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga
mati.Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah
mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat
itu dari bumi. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya
apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya
menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari
telunjuk
Tidak ada komentar:
Posting Komentar