3 NEGARA YANG SUDAH DI SERANG ISRAEL DEKAT DENGAN FAKTA TEMBOK YAKJUJ DAN MAKJUJ YANG DIBUAT ZULKARNAIN
Doktor
Al-Butiy berkata “Apa yang dikatakan oleh sesetengah mereka hanyalah
merupakan satu pendapat atau ijtihad semata-mata bahawa (Yakjuj dan
Makjuj) adalah orang-orang Tartar dan Mongol..” Ada pendapat yang
menyatakan bahawa kaum Yakjuj dan Makjuj ini adalah dari bangsa Yahudi
atau beragama Yahudi. Kaum Yahudi dikatakan pernah menduduki kawasan
timur dan kemudiannya berpindah ke Eropah melalui Dariel Pass yang
berada di banjaran gunung Caucasus. Dalam sebuah artikel oleh Colonel
R.G. Pearse berjudul The National Message, banyak bukti telah
dikemukakan bahawa kabilah Yahudi telah melalui kawasan Pergunungan
Caucasia masuk ke Eropah pada kurun-kurun awal sebelum kelahiran Nabi
Isa a.s. Colonel Pearse dikatakan telah tinggal di kawasan ini beberapa
tahun. Ada dua jalan melalui gunung-ganang Caucasia ini. Satu darinya
bernama Jalan Georgia, dan satu lagi adalah denai keldai, pada masa
silam jalan ini dikenali sebagai “Lorong (Bani) Israel”. Diceritakan
bahawa bila 10 kabilah (Bani) Israel berpindah dari Guta di Media ke
Arsareth, mereka (dalam bilangan yang ramai) perlu melalui banjaran
Caucasia ini. Banjaran ini panjangnya beratus batu.. Mereka kemudiannya
sampai ke (kaki) Gunung Kazbek, kemudian masuk ke siri gaung yang
berbatu-batu, yang dinamakan Gaung Dariel, atau Gaung Darius… Kemudian
melepasi kaki bukit, hingga muncul di dataran Eropah di Gerbang
Caucasus.

Saya
berpendapat bahawa walaupun kabilah Yahudi ini dikatakan telah berpindah
melalui Lorong Dariel, belumlah dapat dipastikan sama ada mereka ini
telah berpindah kesemuanya sebelum Tembok Zulkarnain dibina. Dan satu
perkara lagi, hingga masa kini pun, sebenarnya Lorong Dariel boleh
dilalui oleh sesiapa yang mengikut jalan di atas bumi. Maksud saya
ialah, setakat yang saya faham, Tembok Zulkarnain itu dibina untuk
mengepung kaum Yakjuj dan Makjuj dari keluar ke atas muka bumi, bukan
mengepung dari satu kawasan atas bumi ke satu kawasan yang lain.
Kemungkinan bahawa sebahagian dari kaum Yahudi inilah yang dinamakan
kaum Yakjuj dan Makjuj dan mereka telah melakukan kerosakan yang besar
di muka bumi mengatasi bangsa Mongol tapi kebanyakan dari peristiwa itu
telah “dipadamkan” dari sejarah oleh bangsa Yahudi yang berada di atas
bumi. Saya berpendapat demikian kerana antara banyak bangsa-bangsa di
dunia ini, bangsa Yahudi adalah bangsa yang dianggap paling bongkak,
kejam dan tidak berperi-kemanusiaan. Mereka ini menganggap bangsa-bangsa
lain seperti binatang ternak yang “halal” disembelih. Lihatlah apa yang
telah mereka lakukan ke atas rakyat Palestin pada masa sekarang.
Dalam kitab
Al-Badu Wa At-Tarikh: “Semua ulama berpendapat bahawa Yakjuj dan Makjuj
tinggal di sebelah timur muka bumi.” Imam Al-Masudi berkata: “Mereka
tinggal di bandar terpencil di sebelah timur jauh diantara sempadan
negara China dan di hujung Mongolia. Di situ Iskandar Zulkarnain telah
membina sebuah tembok yang besar bagi menyekat Yakjuj dan Makjuj
daripada keluar ke muka bumi untuk membuat kerosakan.” Tantawi Jauhari
berkata: “Di dalam risalah-risalah terdahulu yang dikarang sekitar kurun
ke 3 dan ke 4 telah menjelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah
penduduk yang berada di sudut yang maju di utara China. Dihadkan negara
mereka sekitar 27 darjah ke utara hingga 50 darjah. Negara ini sekarang
merupakan bahagian yang besar di China dan ianya (lokasinya) sekarang
merupakan ibu negaranya iaitu Beijing.”
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN?
Persoalan
ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang
telah mengkajinya dengan terperinci. Malah ada ekspedisi-ekspedisi silam
yang telah dilakukan untuk mencari di mana letaknya tembok tersebut.
Untuk mengelakkan dari menulis terlalu panjang, saya ringkaskan di sini
bahawa setakat ini seolah-olah terdapat satu persetujuan bahawa lokasi
Tembok Zulkarnain sudah ditemui. Saya telah melakukan carian demi carian
untuk mendapatkan foto Tembok Zulkarnain tetapi masih gagal. Namun
begitu, dalam artikel ini saya paparkan kawasan lokasi Tembok Zulkarnain
untuk kita sama-sama renungkan.
Kawasan yang
dipercayai terletaknya tembok Zulkarnain berada di Utara Georgia,
selatan Rusia, iaitu di banjaran Gunung Caucasus (bahagian tengah
Greater Caucasus Mountains), iaitu di kaki Gunung Kazbek. Kawasan ini
dikenali sebagai Lorong Dariel atau Daryal (Dariel Pass, ketinggiannya
ialah 3,950 kaki atau 1,204 meter dari aras laut). Kedudukannya
berhampiran dengan Sungai Terek. Terdapat satu jalan tentera Georgia
yang merentasi lorong ini (ini baru saja dibina oleh Rusia tahun
1850′an) dan sejak zaman silam ianya terkenal sebagai lorong yang
dilalui untuk tujuan menjajah. Pada zaman silam, Lorong Dariel ini juga
dikenali sebagai Gerbang Alan, atau Gerbang Caucasia, atau Gerbang
Iberia.
Al-Marhum
Abul Kalam Azad pun menyatakan begitu. Beliau mengakui bahawa di Georgia
terdapat satu timbunan besar tembok yang dibuat daripada besi bercampur
tembaga di Bukit Qawqaz (Caucasian Mountain) di suatu kawasan yang
sempit iaitu antara dua bukit Darial (Dariel). Keadaan bukit itu curam
memanjang dari Laut Hitam hingga Laut Qazwain. Ianya menghubungkan
antara dua laut ini. Panjangnya 1,200 kilometer. Bukit Darial ini secara
umumnya masih tidak terusik, masih teguh, mempunyai bentuk
berlapis-lapis. Di sana ada suatu timbunan yang tinggi daripada besi
tulen bercampur tembaga tulen di Tembok Darial. Ia adalah merupakan
suatu hasil kerja menyumbat satu lubang yang ada di situ.
Penduduk-penduduk tempatan takut untuk mengusik atau mengubahnya. Hanya
perubahan semulajadi saja yang berlaku di situ. Terdapat proses
penerokaan tanah berlaku di sebelah-menyebelah tembok itu, tapi tidak
menjejaskan tembok itu sendiri. Ini menyebabkan wujudnya ruang-ruang
kosong antara batu-batu bukit dan Tembok Zulkarnain, yang masih kukuh
hingga sekarang. Nampaknya manusia di atas muka bumi pun tidak mampu
untuk melubanginya mahupun mendakinya.
Banjaran
Gunung Caucasia merupakan satu rekahan (fracture, sebagaimana
“geological fault-line”), dan ia adalah pembahagi bukan saja dari sudut
geografi dan budaya etnik, malah juga dari sudut geopolitik. Terdapatnya
kaum yang ganas dan membuat kerosakan (bangsa Monggol) di sebelah utara
menyebabkan Tembok Besar China telah dibina, begitu juga Tembok Hadrian
(Roman Limes). Ada yang berpendapat bahawa Gerbang Caucasia dibina
untuk melindungi Timur Tengah (dari kaum nomad bangsa Eurasia).
Gerbang
Caucasia juga sering disebut sebagai “Pillars, Stronghold” atau “Iron
Gate of Alexander The Great” oleh penulis-penulis klasik. Barat juga
menganggap bahawa Tembok Zulkarnain (Gerbang Caucasia) ini dibina untuk
mengepung Gog dan Magog dari melakukan keganasan dan kerosakan yang
lebih banyak. Pada hari ini, lambang Georgia (matahari, bulan dan lima
bintang) kononnya adalah sempena lambang Iskandar (Zulkarnain).
Kawasan
pergunungan Caucasus ini agak unik. Di sini terdapat 62 bahasa yang
dituturkan oleh 5 keluarga besar, budayanya juga berbagai. Kawasan ini
juga terkenal sebagai kawasan yang selalu berlaku peperangan antara
kaum, pertumpahan darah dan peperangan kolonial sejak zaman berzaman.
Lorong Dariel (tempat Tembok Zulkarnain) berada di kaki Gunung Kazbek
(5033m/16,800′) dan Elbrus (5642m/18,800′). Kedua-dua gunung ini adalah
gunung berapi yang aktif tapi sudah tidak meletup sejak 500 tahun
lampau, menyebabkan penduduk tempatan menganggap ianya gunung berapi
yang sudah mati.
Saya telah
membuat beberapa siri carian di Internet, dan telah terjumpa antara
bukti-bukti bahawa penduduk silam di kawasan ini mempunyai teknologi
yang tinggi. Di kawasan Caucasia ini banyak ditemui batu-batu besar yang
disusun (megaliths) yang dipercayai merupakan kepuk kubur (dolmens).
Batu-batu ini telah dipotong rapi (high-precision) dan di batu tengahnya
telah ditebuk satu lubang bulat. Kehalusan ukiran pada batu adalah amat
tinggi, dianggap sehalus kemahiran pengukir permata (jeweller).